20 Ogos 2024 : Sidang 3 Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu Ke-37 menyaksikan seramai 302 graduan telah berjaya dianugerahkan Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Ukur bahan. Majlis penyampaian diploma ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dato’ Dr Haji Najib Rashdan Bin Abdul Rahman, CEO Invertice Technology Sdn Bhd.
Turut hadir dalam majlis ini Pengarah Politeknik Kota Bharu, Gs. Sr Mohd Fikri Bin Ismail, Timbalan Pengarah Akademik, Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Encik Che Anuzi Bin Yusoff. Hadir bersama pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Kelantan, wakil-wakil industri, dan tetamu jemputan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan.