21 Ogos 2024 : Suasana sekitar sidang keempat Istiadat Konvokesyen Politeknik Kota Bharu Ke-37 dan Kolej Komuniti Kelantan yang disempurnakan oleh YBrs. Dato’ Dr Budiman Bin Mohd Zohdi, Pengarah /Pengasas Founding Director SLR Institute telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu.
Seramai 394 graduan daripada Jabatan Perdagangan berjaya dianugerahkan Diploma Akauntansi, Diploma Pemasaran, Diploma Insuran dan Diploma Pengajian Perniagaan. Hadir dalam majlis ini Pengarah Politeknik Kota Bharu, Gs. Sr Mohd Fikri Bin Ismail, Timbalan Pengarah Akademik, Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Encik Che Anuzi Bin Yusoff. Hadir bersama pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Kelantan, wakil-wakil industri, dan tetamu jemputan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan. Selamat maju jaya di masa akan datang.