30 Ogos 2024 (Jumaat) - Telah berlangsungnya Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 di Stadium Sultan Muhammad ke IV pada sebelah malam 30 Ogos 2024.
Turut hadir adalah YBrs. Pengarah PKB Gs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Ketua Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan, Ketua Kursus Kokurikulum PKB, para Penyelaras Unit Beruniform PKB, Pegawai-Pegawai Bersekutu Unit Beruniform PKB bagi memeriahkan majlis dan turut serta countdown detik 31 Ogos 2024.
 
4 unit uniform Politeknik Kota Bharu (PKB) iaitu RELASIS, ASKAR WATANIAH, PISPA dan PENGAKAP KELANA diamanahkan mewakili Kontinjen Perbarisan Politeknik Kota Bharu bagi perarakan perbarisan kontinjen-kontinjen sambutan hari kebangsaan kali ini dengan diketuai Ketua Kontinjen PgR (Bersekutu) Muzimah Aida Binti Md Mustafa. Pelajar-pelajar (Relasiswa dan Relasiswi) RELASIS PKB juga turut terpilih mewakili Kontinjen Perbarisan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Kelantan bagi Perbarisan ini. Manakala, dua orang Relasiswa RELASIS PKB turut terpilih mewakili Kontinjen Perbarisan Pembawa Bendera semua unit beruniform dalam sambutan ini. Tahniah kepada semua pelajar PKB yang telah mewakili PKB dalam acara perbarisan. Semoga penglibatan ini boleh menyuntik semangat patriotik di kalangan mereka dan semua warga PKB. Salam kemerdekaan ke 67 tanahair tercinta Malaysia.