18 September 2024, Kok Lanas :  Politeknik Kota Bharu(PKB) hari ini menerima Pengarah baru yang ke 10 setelah YBrs. Dr Haji Mohd Daud bin Isa melapor diri di sini hari ini. Ketibaan beliau disambut oleh YBrs Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah (Akademik) , En Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) serta barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan.
Pada sesi ini juga turut diadakan taklimat ringkas oleh TPA serta majlis serah nota tugas yang berlangsung di Bilik mesyuarat Ibnu Khaldun, PKB.
Sementara itu Dr Haji Mohd Daud dalam ucapan sulungnya mengajak semua warga PKB dapat memberikan kerjasama dalam menjadikan Politeknik ini sebagai peneraju utama TVET negara. Beliau juga memberi penekanan kepada aspek pemerkasaan bakat dalam kalangan pensyarah, kebajikan staff dan yang paling penting memberi penekanan kepada nilai integriti (ABCDEI) Amanah, Bertanggungjawab, Cemerlang, Disiplin, Emosi dan Ikhlas.