15 Oktober 2024, Kok Lanas: Dalam memperkasakan pendidikan hingga peringkat Desa agar tiada pelajar yang tercicir dari arus pendidikan terutamanya dalam bidang TVET maka Politeknik Kota Bharu melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Program Outreach selama tiga hari bertempat di SMK Bukit Bunga, Jeli, SMK Gual Periok, Rantau Panjang dan berakhir di SMK Mengkebang, Kuala Krai. Program ini merupakan kerjasama antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bersama Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Kota Bharu iaitu En. Zainal Anuar bin Bakri, turut hadir bagi menyemarakkan lagi program ini.