16 Oktober 2024, Kok Lanas : Seramai 71 orang pelajar PKB tajaan JPA dalam pelbagai bidang mengikuti program Outreach anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam yang berlangsung di Dewan Al Ghazali, PKB.
Menurut Penolong Pengarah Unit Pemantauan Pelajar, Outreah ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berhubung peluang-peluang tajaan yang disediakan oleh JPA.
Hadir merasmikan program ialah Pengarah Politeknik Kota Bharu, Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, diiringi Timbalan Pengarah (Akademik) Ir. Tuan Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) En. Che Anuzi bin Yusoff, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En. Zainal Anuar bin Bakri dan En. Kamarul izham bin Mat Ariffin, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan & Disiplin).