16 Oktober 2024, SMK Kok Lanas : 10 Orang pegawai dan pelajar dari Politeknik Kota Bharu menerobos SMK Kok Lanas dalam usaha mempromosikan kemasukan ke Politeknik sempena Program Hari TVET SMK Kok Lanas.
Mereka terdiri daripada Puan Nurul Hasinah binti Mat Zain (Ketua Unit Pengurusan Psikologi), Puan Sharifah Mona Liza binti Sayed Salabudin, Pegawai HEP (Pengambilan Dan Data), Puan Rosnani binti Hassan (Pensyarah JKM), Ts. Mohd Faizal bin Mustafa (Penasihat Robotik JKE), Encik Nik Nor Hishamuddin bin Nik Mustafa (Penyelaras Robotik JKE) serta empat orang pelajar Diploma kejuruteraan Elektrik Semester 5 dalam membantu Pameran Robotik.
Antara lain objektif hari TVET ini ialah menjalinkan kerjasama strategik antara pihak sekolah, kementerian, agensi dan pihak berkaitan dengan matlamat yang sama dalam memperkasakan TVET di Malaysia.
Pihak Pengurusn PKB berbesar hati dengan usaha yang telah dijalankan ini demi memperkasa TVET Negara.