16 Oktober 2024, Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu : Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dibawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan program Jauhi Jenayah siri 1/2024 bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu yang telah dihadiri 900 orang pelajar semester satu.
Program ini telah mendapat kerjasama daripada Pusat Pemulihan Akhlak Machang dengan menampilkan penceramah hebat iaitu Tuan Azman bin Mat Yashim, Penolong Penguasa Penjara Pusat.
Selain daripada itu juga mendapat kerjasama daripada AADK Kota Bharu yang juga menyediakan seorang penceramah, En Zainuddin bin Mohd Yusoff, Penolong Pegawai Pendidikan Pencegahan AADK Kota BHaru.
Diharap melalui program-program sebegini menjadi pendinding kepada bakal-bakal graduan untuk menjadi insan yang hebat suatu masa kelak.
Turut hadir Ketua Jabatan JSKK, Tuan Haji Sazami bin Shafi'i, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar En Zainal Anuar bin Bakri dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan & Disiplin) En Kamarul Izham bin Mat Ariffin, En Wan Salmizi bin Wan Mahmood Pengarah program, Merangkap pegawai disiplin PKB.