14 Oktober 2024, DEWAN AL-GHAZALI PKB : Seminar Pemasaran yang membuka peluang kepada pelajar untuk mendapat maklumat berkenaan strategi campuran pemasaran (4P’S) yang dilakukan oleh sesebuah syarikat bagi memberi nilai tambah kepada pelajar tentang amalan sebenar yang dilaksanakan oleh pihak pemasar. Penceramah bagi seminar ini ialah Puan Siti Sarah Binti Zahari selaku Pengarah Urusan Z&Z Niaga Sdn Bhd dan Puan Amira Balqis Binti Zahari.
Sasaran peserta bagi seminar ini ialah seramai 292 orang (281 orang pelajar dan 11 orang pensyarah Jabatan Perdagangan). Para pelajar adalah terdiri daripada yang mengambil kursus Principles of Marketing, Product dan Integrated Marketing Communication dan Retail Customer Service.
Turut menyertai seminar ialah Ketua Jabatan Perdagangan iaitu Puan Juli Suzlin binti Jalaludin, Ketua Program Diploma Pemasaran Cik Roslina binti Abd Rahman dan Pensyarah-pensyarah Kanan Jabatan Perdagangan PKB.