24 Oktober 2024 - Bilik APACC, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung satu sesi Penilaian Kendiri bagi Program Diploma Insurans, Jabatan Perdagangan. Sesi penilaian ini melibatkan seramai 14 orang pensyarah Jabatan Perdagangan selaku Ketua/Penolong bagi setiap bidang bersama dengan Jawatankuasa Kualiti Jabatan dan Akreditasi Program. Panel jemputan bagi penilaian kendiri Program Pengajian Diploma Insurans adalah Prof. Dr. Fauzilah binti Salleh dan Dr. Roslida binti Abdul Razak daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Objektif pelaksanaan penilaian kendiri ini adalah sebagai mematuhi standard yang dinyatakan oleh COPPA dengan melaksanakan penilaian kendiri bagi memantau dan menyemak perjalanan program pengajian yang ditawarkan. Semakan dibuat oleh panel pakar yang akan meneliti 7 area/bidang yang berkaitan.
Turut hadir pada sesi penilaian kendiri ini adalah Ketua Jabatan Perdagangan, Pn Juli Suzlin bt. Mohd Jalaludin, Penyelaras Akreditasi MQA Jabatan Perdagangan, En Suhairi Bin Yunus serta Ketua Program Diploma Insurans, Pn. Norhidayah bt.
Mohamad Yusop.