27 Oktober 2024 - DEWAN AL-GHAZALI, Politeknik Kota Bharu : Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menjalankan ‘Industry Expert Enrichment Program (IEEP) yang bertajuk Teknolgi AI Dalam Sektor Elektrik Dan Elektronik. Program ini telah diikuti oleh pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik semester 4 dan semester 5 bagi program DET, DEP dan DEE seramai 61 orang. Program bermula jam 8.30 pagi yang di kendalikan oleh penceramah Ts. Dr. Mohd Ismifaizul bin Mohd Ismail, dari MIMOS Berhad, Kuala Lumpur.
Di dalam program ini, pelajar di dedahkan dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang semakin penting dalam industri, termasuk sektor elektrik dan elektronik. AI membuka peluang besar untuk automasi, kecekapan operasi dan inovasi teknologi dalam reka bentuk, pembuatan dan penguasaan sistem.
Pelajar didedahkan untuk memahami peranan AI dalam sektor elektrik dan elektronik serta manfaat dan cabaran yang timbul daripada penerapan teknologi AI dalam sektor ini. Ia juga menyediakan cadangan langkah ke depan untuk mempertingkatkan penggunaan AI dalam industri elektrik dan elektronik.