23 Oktober 2024, DEWAN AL-GHAZALI : Telah diadakan Seminar Menggapai Pelangi anjuran Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu. Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar berkenaan ilmu pengurusan kewangan dengan Kerjasama dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Modul ini akan membimbing peserta dari kalangan pelajar universiti tentang pentingnya penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan. Pelajar juga akan didedahkan berkenaan pengurusan aliran tunai dan asas meminjam. Pengetahuan berkenaan penipuan kewangan akan disentuh memandangkan banyak kes penipuan kewangan berlaku akhir-akhir ini. Penceramah bagi seminar ini ialah Puan Siti Suhaila binti Ab Hamid selaku Ketua Cawangan AKPK Kelantan dan Mohammad Noor Faiz Bin Mohd Zin Penasihat Kewangan Cawangan AKPK Kelantan. Peserta yang terlibat dalam seminar ini adalah pelajar Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Akauntansi, Diploma Pemasaran dan Diploma Insuran seramai 230 orang peserta.