Kok Lanas, 30 Oktober 2024 - Berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan kali pertama bagi Pengarah Politeknik Kota Bharu (PKB) yang ke-10, YBrs. Dr Haji Mohd Daud bin Isa berkata, Perhimpunan bulanan ini adalah wadah untuk pihak pengurusan menyampaikan halatuju Politeknik ke arah mencapai kecemerlangan akademik terutamanya dalam memperkasakan bidang TVET negara. Berucap dihadapan lebih 300 orang kakitangan PKB, beliau menambah adalah penting bagi kita sebagai warga pendidik untuk terus berusaha untuk memberi fokus utama KPT dan Tranformasi Polycc 2.0
Tambahnya lagi, sebagai warga PKB beliau menzahirkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum antaranya, ialah kejayaan menjuarai Tinju Piala Malaysia dan pingat perak semasa temasya SUKMA Sarawak oleh Saudari Nur Faqina Dullia Adrea binti Zaratulilham, pelajar Diploma Pemasaran semester 1, Jabatan Perdagangan,
Begitu juga kejayaan yang dicapai oleh Saudara Avineesh A/L Subramaniam, yang mendapat tempat kedua dalam acara Mens Bodybuilding Junior di pentas antarabangsa, Pelajar semester 5, Diploma Pengajian Perniagaan, Jabatan Perdagangan, syabas dan tahniah kepada pelajar berkenaan serta Ketua Jabatan Perdagangan dan Jabatan Sukan, Ko- kurikulum dn kebudayaan.
Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga PKB yang bersetuju menerima tawaran Opsyen Skim Saraan Perkhidmatan Awam(SSPA).
Turut hadir Timbalan Pengarah (Akademik)YBrs. Ir. Tuan Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, Ketua-ketua program, ketua-ketua kursus, dan warga PKB.
Perhimpunan kali ini diurus tadbir oleh unit ,UIDM, UPLI, UPEP, UJKD, UPPsi dan UK.