14 November 2024, PKB : Majlis peluncuran Project Innovation and Exhibition in electrical, electronic and communination Engineering (PiXee), Jabatan Kejuruteraan Elektrik PKB sempena hari INNOTEX JKE, telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Kota Bharu, Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, bertempat di Perkarangan Bengkel JKE, PKB hari ini.
 
Pixee merupakan penjenamaan semula INOTEX, yang dijangka memberi impak yang lebih besar dalam membentuk generasi pelajar yang lebih cemerlang merangkumi seluruh aspek kehidupan serta relevan dengan keperluan industri semasa. Sebanyak 30 projek akhir berjaya dipamerkan sepanjang pameran PiXee ini berlangsung. Manakala projek Futuristic Safety Helmet yang dianggotai oleh pelajar Muhammad Haziq bin Khairul Anuar dan Muhammad Syafiq Imran bin Hamdan dinobatkan sebagai projek terbaik keseluruhan JKE bagi sesi 1 2024/2025.
 
Majlis ini juga turut dihadiri oleh Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah(Akademik), Encik Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Haji Mohd Kaswadi bin Abdul Ghani, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Ketua -Ketua Jabatan, ketua-ketua Unit, Ketua Program serta pelajar daripada jabatan Kejuruteraan Elektrik.