12 Disember 2024, Politeknik Kota Bharu : Kepimpinan Melalui Tauladan, itulah komitmen nilai kepimpinan yang ditunjukkan oleh Pengarah Politeknik Kota Bharu, Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, apabila mengetuai Lafaz Ikrar Bebas Rasuah bersama lebih 400 orang warga PKB di hadapan Pengarah SPRM Negeri Kelantan, KPKPj Rosli bin Husain, bertempat di Dewan Al-Ghazali, Politeknik Kota Bharu.
Terdahulu daripada itu majlis dimulakan dengan ceramah integriti bertajuk " Rasuah, Karam Sekapal, Basah Seorang " yang telah disampaikan oleh PsK Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan.
Sebagai langkah penjimatan dan penerapan nilai integriti dalam kalangan warga PKB, majlis ini diadakan bersekali dengan Perhimpunan bulanan bagi bulan November dan Disember 2024 yang diurusetiakan oleh Unit Integriti/BKP, Unit Sistem dan Teknologi Maklumat, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Unit Perpustakaan, Unit Pengurusan Stor dan Aset, Unit Pembangunan dan Senggaraan dan Unit Komunikasi Korporat.
Pengarah Politeknik Kota Bharu serta seluruh warga PKB mengucapkan jutaan terima kasih kepada SPRM Negeri Kelantan atas kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Turut hadir ialah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Che Anuzi bin Yussof.