5 Januari 2024, Kota Bharu: Satu lawatan kolaborasi industri Politeknik Kota Bharu telah diadakan ke Sofea Group Companies, Kubang Kerian. Lawatan ini telah dihadiri oleh wakil Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Unit CISEC dan Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (UKK), PKB. Ini adalah selaras dengan hasrat untuk mewujudkan jalinan kolaborasi diantara kedua pihak dalam aspek penjanaan kecemerlangan dan kebolehpasaran graduan disamping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran serta menjana idea baru.
Selain itu, kolaborasi ini juga diharap dapat mewujudkan ruang-ruang kerjasama yang boleh dibentuk diantara Politeknik dan pihak industri. Turut hadir bersama bagi sesi lawatan ini Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik serta Pn. Juli Suzlin Binti Mohd Jalaludin, Ketua Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu.