9 JANUARI 2025, DEWAN AL-GHAZALI PKB : Program Jabatan Perdagangan ini bertujuan untuk memastikan pelajar baharu dialu-alukan dan bersedia untuk memulakan perjalanan pengajian bidang mereka dengan yakin. Seramai 75 orang pelajar baharu terlibat sama. Program mengalu-alukan mereka ini adalah detik yang penting dan berfokus memperkenalkan proses pengajaran dan pembelajaran bidang pengajian perdagangan, meliputi Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Perakaunan dan Diploma Pemasaran.
Pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan Perdagangan menyediakan gambaran keseluruhan program-program akademik berkenaan. Selain itu, para pelajar dididik tentang dasar dan peraturan penting yang perlu mereka patuhi. Mereka juga dimaklumkan pencapaian jabatan bagi menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti jabatan ke arah memperkaya pengalaman. Begitu juga, mereka dimaklumkan tentang perancangan kerjaya dan sokongan lain yang tersedia untuk memastikan kesejahteraan dan kejayaan mereka.
Seramai 66 orang pensyarah Jabatan Perdagangan diperkenalkan. Di samping itu, diadakan juga ruang perjumpaan bersama Penasihat Akademik masing-masing bagi membantu pelajar berhubung dengan rakan sebaya dan para pensyarah, selain dapat memupuk semangat kekitaan dan komuniti. Jadual waktu, lokasi kuliah dan hal-hal berkaitan SPMP antara perkara dibincangkan.
Program SPAK (Sistem Penasihatan Akademik) Jabatan Perdagangan ini menerima maklumbalas positif dari kalangan pelajar baharu ini.