KOTA BHARU, 12 Januari 2025  : Pengarah Politeknik Kota Bharu, Dr. Haji Mohd Daud bin Isa mengadakan kunjung hormat ke atas Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan, Ir. Dr. Ts. Gs Br Hajah Siti Fairus binti Hj. Zakaria di Wisma Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri, Jalan sultan Yahya pagi ini.
Dr. Haji Mohd Daud bersama rombongan seramai 7 orang sempat meluang masa hampir satu jam berbincang perkara-perkara yang boleh memberi kebaikkan kepada kedua-dua belah pihak. Antara perkara yang dibincangkan ialah berkaitan Rancangan Tebatan banjir (RTB) di Politeknik Kota Bharu, Nota kerjasama, tetamu kehormat Majlis Konvokesyen serta lain-lain perkara dalam skop kepakaran bersama.
Turut hadir ialah En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Zulfarahim bin Hibadulah, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, En. Nik Ahmad Nazuli bin Nik Yahya, Ketua Unit Pembangunan dan Senggaraan, En. Azmee bin Mohamed Noor, Ketua Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat, En. Akmal bin Abd Rahman, mewakili UKK, YM. Tengku Azmie bin Raja Hassan, Ketua Unit Corporate, Industrial Services & Imployability dan Tuan Zamzuri bin Ariffin, Exco Alumni PKB.