KOTA BHARU, 13 Januari 2025 : Pengarah Politeknik Kota Bharu, Dr. Haji Mohd Daud bin Isa mengadakan kunjung hormat ke atas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kelantan (SPRM), KPKPj Rosli bin Husain. Turut hadir bagi pihak SPRM ialah PKPj Zakaria bin Taib, Timbalan Pengarah Operasi, PPj Najwa Mohd Sabry, Timbalan Pengarah Pencegahan, PsK Wan Siti Junaida Ismai, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, PKPs Abdul Hakim Saadan, Pegawai Cawangan Pendidikan Masyarakat.
 
Sesi kunjung hormat ini berlangsung di bilik Mesyuarat Wisma SPRM Jalan Sultan Yahya pagi ini. Dr. Haji Mohd Daud bersama rombongan seramai lapan orang pegawai sempat meluang masa hampir dua jam berbincang perkara-perkara yang boleh memberi kebaikkan kepada kedua-dua belah pihak. Antara perkara yang dibincangkan ialah berkaitan pemantapan modul Kursus Integriti dan Anti Rasuah(KIAR), Penempatan pelajar secara latihan industri, Jalinan nota kerjasama serta beberapa perkara lain yang boleh memberi kebaikkan secara bersama. Turut hadir bagi pihak PKB ialah En. Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah (Akademik), En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Puan Wan Kamisah binti Wan Muhammad Khalid, Pegawai Integriti, Puan Rasidah binti Rasid, AJK Integriti, Ustaz Mohd Zohdi bin Said, Penyelaras Kursus Integriti, En. Azmee bin Mohamed Noor, Ketua Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat, En. Akmal bin Abd Rahman, mewakili UKK, dan YM. Tengku Azmie bin Raja Hassan, Ketua Unit Corporate, Industrial Services & Imployability