26 Januari 2025 - Jabatan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal, UniMAP telah mengadakan siri Technology Engagement bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PKB bertempat di Dewan Al-Ghazali. Objektif utama adalah untuk memberikan pendedahan dan seterusnya laluan kerjaya graduan PKB bersama UniMAP. Pengisian dalam program ini adalah ceramah laluan kerjaya, program-program peringkat ijazah Sarjana Muda, pendedahan peralatan dan perisian komputer yang terkini di Jabatan Pembuatan dan kelebihan menyambung pengajian ke UniMAP. Peserta program terdiri daripada pelajar semester 4, 5 dan 6. Ceramah ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamad Shaiful Ashrul bin Ishak dan Ts. Muhammad Zaki bin Abdul Rahim.
Turut hadir bersama Dr. Hj Mohd Daud Bin Isa, Pengarah Politeknik Kota Bharu serta Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kota Bharu , En. Abdullah @ Mat Yusof Bin Yaacob, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Kota Bharu, Haji Zamzuri bin Arifin, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Ketua-ketua Program dan para pensyarah.
Diharapkan ia sebagai pendedahan yang berguna kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dan pendidikan di UniMAP, seterusnya menjadikan sebagai langkah positif dalam merancang masa depan mereka dalam bidang yang diceburi. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.