PASUKAN PKB APONTEZ TELAH BERJAYA MELEPASI SESI PITCHING NXGV CHALLENGE 2025
- Butiran
- Jumlah paparan: 71
29 Januari 2025 - Tahniah dan syabas kepada pasukan PKB Apontez kerana telah berjaya melepasi Sesi Pitching NxGV Challenge 2025 dan mara ke peringkat akhir. Pihak penganjur iaitu Perodua, MARii dan SAE Malaysia dengan berbesar hati telah menganugerahkan geran sebanyak RM15,000 sebagai persediaan bagi pasukan PKB Apontez ke peringkat perlumbaan akhir yang bakal diadakan pada 8-12 Mei 2025, di MAEPS, Serdang bersempena dengan MARii Autoshow. Pasukan PKB Apontez diketuai oleh Mohd.Zulkafli Bin Mohamed, Dr. Norashady Bin Mohd Noor, Wan Amiruddin Bin Wan Mustapha, Azli Syam Bin Awang, Ahmad Shamsul Wadi Bin Ahmad @ Ahmad Sowi, Muzimah Aida Binti Md. Mustafa, Dr. Mohd Suhairi Bin Md Suhaimin dan Md Rusdi Bin Mat Husin. Sama-sama kita mendoakan kejayaan PKB Apontez!