25 Januari 2025, Kok Lanas :- Pengarah Politeknik Kota Bharu Dr. Hj Mohd Daud Isa, menzahirkan ucapan tahniah buat Muhammad Aqil Muhaimin bin Maliki daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal atas kejayaan menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Lawn Bowl KL Open Fours bertempat di Bukit Kiara, baru-baru ini.
Lebih manis lagi Aqil Muhaimin 20 tahun pelajar semester empat Diploma Mekanikal Pertanian bakal membawa cabaran Pasukan Politeknik Malaysia pada 5 hingga 9 Febuari 2025 nanti pada Kejohanan Lawn Bowls Classic Triples di Kuala Lumpur.
Beliau juga merupakan atlet SUKMA 2024 yang berlangsung di Sarawak September yang lalu.
Kini merupakan aset penting buat Politeknik Kota Bharu kerana telah mengharumkan nama PKB di pentas kebangsaan dalam arena sukan. Pihak pengurusan PKB mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan ini. Turut hadir menyaksikan majlis kalungan pingat ini ialah Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Tuan Haji Sazami bin Shafi'i.