19 FEBRUARI 2025 - Pengarah Politeknik Kota Bharu, Dr. Mohd Daud bin Isa, bersama-sama Komandan PISPA dan wakil Komandan SISPA Politeknik Malaysia telah menghadiri Kursus Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu di Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPAT) Wilayah Timur pada 16 hingga 19 Februari 2025.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada Pegawai Kehormat (PK) dan Pegawai Bersekutu (PB) mengenai peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tatacara pemakaian uniform, pengurusan bencana serta aspek penting lain dalam pertahanan awam.
Sebagai penutup, satu sesi Town Hall telah diadakan dan dipengerusikan oleh Pengarah Pengurusan Angkatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia YS Kol. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli Bin Sardi. Sesi ini menjadi platform untuk berkongsi pandangan, idea, serta cabaran dalam memperkasakan operasi pertahanan awam. Semoga hasil perbincangan yang telah dijalankan dapat memperkukuh hubungan kerjasama dan meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
Teruskan komitmen dalam memastikan misi keselamatan negara tercapai. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama sama.