25 Februari 2025 – Politeknik Kota Bharu (PKB) telah menjalani Audit Pematuhan SIRIM MS ISO 9001:2015 selama 2 hari menandakan usaha berterusan dalam mengekalkan standard kualiti pengurusan terbaik. Audit pematuhan ini dikendalikan oleh auditor Puan Nursheirie Sheiriena Binti Mohammad Za’im dan Puan Nuraadhiah Binti Yusoff Thani Amrulah.
Sepanjang proses audit ini, pasukan PKB telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan pematuhan terhadap sistem pengurusan kualiti yang ditetapkan. Dengan sokongan pengurusan tertinggi dan semua jawatankuasa terlibat, PKB terus berusaha untuk memperkukuh budaya kecemerlangan dalam perkhidmatan dan pentadbiran.
Tahniah kepada semua yang telah berusaha menjayakan audit ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemacu ke arah penambahbaikan yang berterusan dan memperkukuh kualiti perkhidmatan PKB.