25 Februari 2025, Dewan Jubli Perak, PKB - Forum Realiti Pemasaran Dalam Dunia Sebenar telah memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan strategi dan cabaran bagi memasarkan sesuatu produk dan perkhidmatan. Forum ini telah mengumpulkan tiga orang usahawan berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan iaitu En. Asharuddin Bin Arifin dari Akifcafe Coffee Industries yang mengeluarkan pelbagai kopi pra campuran, En. Abdullah Muaz Bin Abdullah dari Poklah Enterprise yang mengusahakan aktiviti agro pertanian dan En. Khalis Idham Bin Noralmadi dari Empire Group yang terlibat dalam industri takaful dan kewangan Islam.
Perkongsian daripada tiga orang panel ini amat berharga kerana mereka telah berkongsi pengalaman sebenar mengenai aktiviti perniagaan masing-masing. Pelbagai strategi dan panduan berguna berkaitan aspek pemasaran turut dikongsikan. Selain daripada itu, pelajar juga berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pemain-pemain industri yang dapat memberikan nilai tambah kepada mereka. Sasaran peserta bagi forum ini adalah seramai 552 orang dan 10 orang pensyarah Jabatan Perdagangan. Para pelajar adalah terdiri daripada semua pelajar Diploma Pemasaran dan pelajar-pelajar yang mengambil kursus Fundamentals of Marketing, Business Ethics dan Entrepreneurship. Turut menyertai seminar ialah Ketua Jabatan Perdagangan iaitu Puan Juli Suzlin binti Jalaludin, ketua-ketua program dan pensyarah-pensyarah Jabatan Perdagangan PKB.