28 Februari 2025 - Politeknik Kota Bharu sekali lagi membanggakan Malaysia di peringkat ASEAN apabila delegasi seramai 3 pensyarah dan 8 pelajar berjaya meraih 5 anugerah dalam 11th Southeast Asian Agricultural & Food Engineering Student Chapter Annual Regional Convention 2025 (ARC 2025) yang berlangsung di Universiti Maejo, Chiang Mai, Thailand.
 
Program anjuran bersama Persatuan Jurutera Pertanian & Makanan Malaysia (MSAE) dan Universiti Maejo ini menghimpunkan institusi terkemuka dari pelbagai negara ASEAN, termasuk Universiti Putra Malaysia, Universitas Gadjah Mada, King Mongkut's Institute of Technology Ladkrabang, dan Universitas Brawijaya.
 
Dalam edisi ke-9 penyertaan PKB, delegasi berjaya membawa pulang:
🏆 Silver Award – Vlog Contest of the Technical Tour Event
🥉 3 Bronze Award – Interactive Poster Projects
🎤 Best Presentation Award – Goat Feeder Automation
 
Pensyarah yang terlibat ialah Pn. Rosnani binti Hassan, Pn. Nurulazila binti Omor, Pn. Julia binti Jamaluddin dan pelajar-pelajar dari Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian). Pencapaian ini mencerminkan komitmen PKB dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Tahniah kepada semua peserta dan pensyarah yang terlibat! Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk lebih banyak pencapaian membanggakan pada masa akan datang.