Sijil Pentauliahan Profesional ADAS: Tahniah Encik Zulkafli atas Kejayaan di Proton Center of Excellent Shah Alam
 
5 Mac 2025 - Politeknik Kota Bharu (PKB) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Mohd. Zulkafli bin Mohamed Pensyarah Automotif Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, atas kejayaan memperolehi Sijil Pentauliahan Profesional dalam bidang Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS). Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, dan juga hadiah yang layak selepas berjaya menyempurnakannya, kursus secara biasiswa penuh ini adalah dibawah Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi , Kursus ini telah di jalankan dan di kelolakan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Penyerahan sijil berlangsung di Proton Center of Excellent, Shah Alam, kerana 2 bidang utama kursus dikeluarkan sijil oleh proton, sebuah penghormatan besar dalam dunia automotif dan teknologi. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai lagi pensyarah untuk terus berkembang dan meningkatkan kemahiran dalam bidang yang semakin relevan dengan teknologi masa kini.
Tahniah sekali lagi, En.Mohd Zulkafli. Semoga terus maju jaya dan mencapai lebih banyak kejayaan dalam bidang ini.