11 Mac 2025 - Politeknik Kota Bharu (PKB) dengan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Bank Islam Malaysia Berhad dalam usaha memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan sektor perbankan.
Kunjungan ini diketuai oleh Puan Hajjah Wan Rusmayaty binti Wan Hussin, Pengarah Perhubungan Pelanggan Negeri Bank Islam Malaysia Berhad dan disambut mesra oleh Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kota Bharu.
 
Perbincangan ini membuka peluang kolaborasi dalam pelbagai aspek termasuk memperkasa ekonomi digital, khususnya inisiatif tanpa tunai (cashless) dalam komuniti, taklimat kewangan bagi meningkatkan kesedaran serta kemahiran pengurusan kewangan. Kerjasama erat ini membuktikan komitmen dalam memastikan pembangunan ekonomi digital terus berkembang, selari dengan aspirasi menuju masyarakat yang lebih inovatif dan inklusif. Hadir bersama En. Mohd Khairi Bin Omar, Pengurus Perhubungan Pelanggan, Bank lslam Malaysia Berhad, Pn. Yuslizayanti Binti Yusof, Pengurus Cawangan, Bank lslam Malaysia Berhad, Cawangan Machang dan En Hafiz bin Hassini, Retail Bussiness Centre (RBC) Kota Bharu.