12 Mac 2025, Kok Lanas - YBrs. Pengarah Politeknik Kota Bharu Dr. Hj Mohd Daud Isa, menzahirkan ucapan tahniah buat Saudari Nurazarina binti Zanarudin, pelajar semester 5 daripada Jabatan Kejuruteraan Awam atas kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai sepanjang tahun 2024 dalam sukan dan juga akademik.
Antara pencapaian tersebut adalah:
-Temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024, Sarawak (gangsa)
-Kejohanan Ragbi Jemputan University Of Songhkla, Thailand (Naib Johan)
-Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan (Emas)
-Kejohanan Ragbi Pra Sukma Kelantan (Emas)
-Kejohanan Ragbi Pra Sukma Selangor (Naib Johan)
-Kejohanan Ragbi Pra Sukma Johor (Gangsa)
-AOR7S Kedah 2024 (Emas)
-Hari Sukan Negara 7s Pahang 2024 (Naib Johan)
-SUKIPT 2024 (Naib Johan)
Pada temasya SUKMA 2024 yang berlangsung di Sarawak September lalu, beliau telah mewakili pasukan Terengganu dan mengondol pingat gangsa.
Beliau kini merupakan aset penting buat Politeknik Kota Bharu kerana telah mengharumkan nama PKB di pentas kebangsaan dalam arena sukan, telah dicalonkan sebagai sebagai finalist Anugerah Gemilang Pelajar (AGP POLYCC 2024).
Manakala dalam bidang akademik pula, beliau masih mengekalkan pencapaian HPNM 3.42 dan berhasrat untuk menyambung pengajian keperingkat Ijazah di UiTM.
Pihak pengurusan PKB mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan ini.
Turut hadir menyaksikan majlis kalungan pingat ini ialah Timbalan Pengarah Akademik Ir. Tuan Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod diiringi Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Ts. Tuan Haji Sazami bin Shafi'i.