11 Mac 2025 - Berlangsungnya Program Derma Darah Ramadan 1446H yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman, Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab II .
Program infak darah ini mendapat sambutan amat mengalakkan daripada pelajar Kolej Kediaman dan Pensyarah Politeknik Kota Bharu. Program ini telah diadakan setiap kali ramadan, ia merupakan inisiatif dan rasa tanggungjawab bersama untuk membantu pihak hospital mendapatkan bekalan stok darah mencukupi terutamanya pada bulan Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri.
Program selama 2 hari ini melibatkan 2 lokasi iaitu pada 10 Mac 2025 (Isnin) program berlangsung di Kolej Kediaman Damai manakala 11 Mac 2025 (Selasa) program berlangsung di Kolej Kediaman Harmoni. Masa berlangsungnya program adalah pada 8.00 - 11.00 malam.
Pengarah PKB, Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa serta Timbalan Pengarah (Akademik), Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod telah meluangkan masa menyantuni para penderma usai mereka selesai bertarawih bersama warga PKB di Masjid Al-Muttaqin, PKB.