IFTAR SANTAI RAMADAN BERSAMA PENGARAH POLITEKNIK KOTA BHARU
- Butiran
- Jumlah paparan: 23
11 Mac 2025 - Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Politeknik Kota Bharu menganjurkan Majlis iftar Santai bersama Pengarah Politeknik Kota Bharu. Turut hadir memeriahkan Timbalan Pengarah (Akademik), Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod dan Timbalan Pengarah Pengarah (Sokongan Akademik) Encik Abdullah @ Mat Yusof Bin Yaacob, Ketua Felo Encik Nik Mohd Hafiz Bin Abdul Razak .
Majlis berjalan dengan penuh kemeriahan walaupun dalam suasana sederhana. Kehangatan ukhuwah terasa apabila hidangan dimasak secara gotong royong oleh Ahli Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman Politeknik. Solat maghrib secara berjemaah di masjid Ibrahimi setelah selesai berbuka puasa.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan mempereratkan lagi silaturahim sesama kita.

