8 April 2025 - Taklimat Program My Lesen B2 Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu dengan penyertaan seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada pelajar PKB, Kolej Komuniti, Giat MARA dan pelajar Tingkatan 6 dari kawasan Kok Lanas, Machang dan Tanah Merah.
 
Turut hadir ke sesi taklimat ini ialah:
• Tuan Mohd Apandi @ Sanusi bin Hj Jusoh, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Kelantan
• Encik Azmy bin Abdul Rezab, Penolong Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu & Pengujian, JPJ Negeri Kelantan
• Tuan Afifi Jannati bin Assahari, Ketua Unit Institut Memandu/Naziran, JPJ Negeri Kelantan
 
Sesi ini turut diiringi oleh:
• Encik Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKB
• Encik Zainal Anuar bin Bakri, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB
 
Program ini merupakan inisiatif penting bagi membantu golongan belia mendapatkan lesen motosikal B2 secara berstruktur dan mampu milik, sekali gus meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar.