09 April 2025 - Lawatan pelajar Kokurikulum Sukan Woodball MPU 24051 Politeknik Kota Bharu (PKB) ke Politeknik Jeli Kelantan (PJK) telah memberi impak yang tinggi dalam pelaksanaan pengajaran dalam pembelajaran (P&P) bagi semester ini.
 
Tarikh : 9 April 2025 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Arena Woodball Politeknik Jeli Kelantan (PJK)
 
Para pelajar didedahkan dengan laman woodball yang telah lengkap untuk persediaan latihan dan kejohanan. Seramai 30 orang yang melibatkan pelajar PKB dan PJK yang mengambil kursus MPU 24051.
 
Terima kasih pihak pengurusan PJK kerana sudi menerima kunjungan dan berkongsi ilmu dalam sukan woodball.