9 April 2025, Politeknik Kota Bharu: Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) di bawah pengendalian Jawatankuasa PSH telah berjaya menganjurkan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dengan kerjasama sekolah-sekolah terpilih di sekitar Negeri Kelantan.
Program ini diuruskan oleh Puan Hanisah Binti Yusoff, Pensyarah JMSK yang juga merangkap Ketua Penyelaras Program PSH JMSK, dengan kerjasama penuh daripada semua pensyarah dan staf JMSK. Perkongsian ilmu dalam program ini telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Tuan Haji Khairul Anuar Bin Abdullah.
Tiga siri program telah dirancang di bawah tajuk ini, yang melibatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kubang Kerian 1 dan Sekolah Menengah (A) Falahiah, Pasir Pekan. Siri pertama bermula pada 9 April 2025, diikuti siri kedua pada 10 April 2025, dengan jumlah penyertaan seramai 92 orang pelajar. Siri ketiga dijangka akan berlangsung pada 16 April 2025.
Program ini memberi fokus kepada penggunaan Microsoft Word, dengan penekanan pada tip dan trik yang membantu pelajar menyiapkan tugasan sekolah dengan lebih cepat dan efisien. Latihan teori dan praktikal telah disusun untuk memudahkan penyampaian program kali ini.
Turut serta dalam program ini adalah Ketua JMSK, Tuan Haji Khairul Anuar Bin Abdullah, ketua-ketua kursus, pensyarah-pensyarah, staf JMSK dan guru-guru pengiring dari SM Kubang Kerian 1 dan SM (A) Falahiah.