7 Mei 2025 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB), Nur Syaza Syazwina binti Muhamad Salmizi atas kejayaan membanggakan menjuarai Kategori Orator dalam Anugerah Gemilang Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti 2024 (AGP POLYCC 2024) yang berlangsung dengan penuh gemilang di KSL Esplanade Hotel, Klang Selangor.
Majlis anugerah ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, dan turut dihadiri YBhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta YBrs. Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kota Bharu.
Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar PKB bukan sahaja kompeten dalam bidang TVET, malah turut unggul dalam kepimpinan, komunikasi dan keperibadian. Tahniah dan syabas PKB.