7 Mei 2025 | Politeknik Kota Bahru
 
Professional Certificate: AutoCount Computerised Accounting Examination adalah satu aktiviti kolaborasi antara Jabatan Perdagangan, PKB dengan AutoCount Sdn.Bhd. bagi pelajar Diploma Akauntansi (DAT) yang mengambil kursus DPA20043 Computerised Accounting System. Pelaksanaan peperiksaan adalah untuk melayakkan pelajar mendapat sijil profesional dan kemahiran mengendalikan perisian perakaunan secara berkomputer dari AutoCount Sdn.Bhd.
Program ini melibatkan 150 pelajar DAT semester 2 dan tujuh orang pensyarah sebagai fasilitator dan invigilator peperiksaan yang dilantik oleh AutoCount Sdn.Bhd. iaitu Puan Muzirawati binti Md Mustafa, Norzaiti Aktar binti Mohamed, Moriza binti Fikri, Azelawati binti Che Husain, Nur Azreen Azriana binti Azham, Zulfaizad bin Abd Hamid dan Mohd Yusof bin Ghani. Program ini berlangsung 5-7 Mei 2025 dan peperiksaan ini telah dijalankan di GCL 4 & 6.
 
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar mengendalikan ‘AutoCount Computerised Accounting Software’. Selain itu memberi nilai tambah kepada pelajar dalam aspek Kemahiran (TVET) dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam bidang perakaunan dengan memiliki sijil kemahiran pengendalian perisian perakaunan berkomputer.