15 Mei 2025 – Politeknik Kota Bharu (PKB) berbesar hati menerima Kunjungan Hormat dari Yayasan Raja Shamri (YRS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan yang berlangsung di Bilik Ibnu Khaldun PKB.
YRS diwakili oleh Pengasasnya, Kolonel Bersekutu (PA) YM Tn. Hj. Raja Shamri bin Raja Husin manakala APM diwakili oleh YS Kolonel (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah APM Negeri Kelantan. Kehadiran delegasi ini disambut mesra oleh Pengarah PKB, YBrs. Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan ke arah kolaborasi strategik dalam bidang kebajikan dan pembangunan komuniti, termasuk inisiatif pembinaan dan pendawaian rumah asnaf, pembangunan sistem pangkalan data asnaf, kluster keusahawanan, serta kolaborasi dalam pengurusan bencana banjir dan inovasi KIK.
Semoga jalinan strategik ini memberi impak positif dan membawa manfaat besar kepada komuniti setempat serta memperkukuh peranan institusi pendidikan dalam pembangunan sosial dan kemanusiaan.
Turut hadir Left. Kolonel Bersekutu (PA) Dato' Wan Azhar Yusoff , juga mewakili Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB, En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB , barisan Ketua- ketua Jabatan dan Unit PKB.