15 Jun 2025 - Telah berlangsung dengan penuh gemilang Majlis Perasmian 7th Malaysian Polytechnic RELASIS Annual Camp (MALPRAC) 2025 di Lanas Perdana, Politeknik Jeli Kelantan.
 
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Ketua Pesuruhjaya RELA, Lokman Effendi bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia, sebagai simbolik permulaan kem tahunan yang menghimpunkan kontinjen RELASIS politeknik seluruh negara.
Turut hadir:
1. YBrs. Dr. Zamzam Mohd Walid, Pengarah Bahagian Kurikulum, JPPKK
2. Muhamad Ghazali bin Mamat@Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RELA
3. Gs. Mohd Zamree bin Ab Rahman, Pengarah Politeknik Jeli Kelantan
4. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu
5. Md Shah Rizal bin Zainal, Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan RELA
Dengan tema “RELASIS Pemangkin TVET Madani Politeknik Malaysia”, program ini menjadi wadah pengukuhan jati diri, disiplin, dan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa politeknik.
Tahniah kepada semua kontinjen dan pihak penganjur.