18 Jun 2025 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada 220 pegawai Kadet Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) dari 30 politeknik seluruh negara yang telah ditauliahkan sebagai Staf Muda Pertahanan Awam (SM PA) sempena 1st POLYCC Malaysian Civil Defence Annual Camp and Commissioning (MalCiDAC) 2025.
Majlis penuh istiadat yang berlangsung di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap wakil rasmi YAB Timbalan Perdana Menteri.
Turut hadir, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim, YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA, dan YBrs. Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Program PISPA ini bukan sahaja membentuk kepimpinan dan disiplin dalam kalangan pelajar POLYCC, malah memperkasa nilai kemahiran insaniah, daya tahan dan semangat kerjasama – selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Syabas kepada semua yang ditauliahkan. Terus berbakti demi agama, bangsa dan negara.