17 Jun 2025 - Hari ketiga 7th Malaysian Polytechnic RELASIS Annual Camp (MalPRAC) 2025 diteruskan dengan penuh debaran melalui acara pertandingan menembak senjata api yang berlangsung di Lapang Sasar Bukit Pak Junoh, Kelantan.
Acara musketeri ini menguji kemahiran taktikal, fokus dan kawalan emosi dalam kalangan peserta RELASIS dari seluruh negara. Setiap tembakan bukan sahaja menguji ketepatan, tetapi juga ketenangan serta disiplin anggota di bawah tekanan.
Turut hadir memberikan sokongan dan semangat kepada para peserta ialah YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Gs. Mohd Zamree bin Ab Rahman, Pengarah Politeknik Jeli Kelantan dan En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), PKB.
Syabas kepada semua penembak yang telah menunjukkan keberanian, kecekapan dan semangat juang tinggi.