19 Jun 2025 - 7th MalPRAC 2025 melabuhkan tirai di Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu (PKB). Penuh semangat, disiplin dan jati diri – itulah yang terpamer sepanjang lima hari berlangsungnya MalPRAC 2025 di Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Jeli Kelantan. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh YBrs. PPjKR (Bersekutu) Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bersama barisan kehormat dari RELA dan JLKN.
Turut hadir memeriah majlis ialah Yang Setia Pesuruhjaya RELA, Md Shah Rizal Bin Zainal, Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan, Jabatan Sukarelawan Malaysia, YBrs. Lt. Kol. Dr. Abdul Rahim Bin Abd Rahman, Pengarah Pengurusan Latihan, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBrs. Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA, (PPjKR) Amirul Ikhwan Bin Ahmad Shukri, Pengarah Rela Negeri Kelantan, YBrs. Ts. Mohd Hisham Bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu dan YBrs. Gs. Mohd Zamre Bin Ab Rahman, Pengarah Politeknik Jeli Kelantan.
Pelbagai acara mencabar seperti menembak, jalan lasak, kawad dan malam silang budaya telah memupuk kerjasama mantap antara anggota RELASIS politeknik dari seluruh negara.
 
Anugerah Pencapaian Keseluruhan Acara:
 
1.Anugerah PLATINUM (TERTINGGI)
POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
2.Anugerah EMAS
i. POLITEKNIK SELANGOR
-POLITEKNIK BANTING SELANGOR & POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH(PBS & PSA)"
ii. POLITEKNIK JOHOR
-POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN & POLITEKNIK MERSING JOHOR(PIS & PMJ)
iii. POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA (PMM)
3.Anugerah PERAK
i. POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
ii. POLITEKNIK JELI KELANTAN (PJK)
iii. POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
iv. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
v. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH (POLIMAS)
vi. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
vii. POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
 
Berikut adalah keputusan senarai pemenang:
 
1. Kategori Malam Silang Budaya
Johan : Politeknik Kota Bharu
Naib Johan : Politeknik Johor (Politeknik Ibrahim Sultan & Politeknik Mersing Johor (PIS & PMJ
Tempat Ketiga : Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
 
2. Kategori Menembak Senjata api
Johan : Politeknik Merlimau
Naib Johan : Politeknik Selangor(PBS & PSA)
Ketiga: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
 
3. Kategori Jalan Lasak
Johan : Politeknik Kota Bharu
Naib Johan : Politeknik Jeli Kelantan
Ketiga : Politeknik Merlimau
 
4. Kategori Kawad Tangan Kosong
Johan : Politeknik Kota Bharu
Naib Johan : Politeknik Selangor (PBS & PSA)
Ketiga : Politeknik Johor (PIS & PMJ)
 
Tahniah kepada semua kontinjen yang telah menunjukkan prestasi luar biasa sepanjang program ini khususnya Politeknik Kota Bharu yang unggul dengan Anugerah Platinum dan Politeknik Jeli Kelantan menerima Piala Integriti.
8th MalPRAC 2026 akan diteruskan oleh Politeknik Nilai dan Politeknik Port Dickson sebagai tuan rumah. Jumpa di sana.