Group Consultancy , telah berlangsung pada 20 dan 21 June 2025, kejohanan ini diadakan bagi memantapkan lagi pasukan POLYCC KELANTAN dalam menghadapi KARNIVAL MSC 2025 serta meningkatkan lagi pembangunan pasukan bola tampar di negeri Kelantan, Kejohanan selama 2 hari ini disertai oleh 9 pasukan wanita dan 20 pasukan lelaki, pasukan yang mengambil bahagian ada juga pasukan dari luar Kelantan serta ada juga pasukan yang menggunakan pemain import daripada Thailand. Keputusan perlawanan adalah sepertimana berikut :
*KEPUTUSAN WANITA*
JOHAN : TTA ADK
NAIB JOHAN : TTA AKK
KETIGA BERSAMA : POLYCC KEL & VB G TWO PART
*KEPUTUSAN LELAKI*
JOHAN : BERANGAN VC
NAIB JOHAN : TAPARK
KETIGA : POLYCC KEL & PEMADAM
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ybrs.En Basyir Ahmad selaku pengarah urusan IGC Group dan Puan Muzimah Aida Binti Md Mustafa selaku Ketua Kursus Jabatan Sukan Kokurikulum & Kebudayaan PKB,.
Kejohanan ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Politeknik Kota Bharu En.
Mohd Hisham Makhtar yang dalam perjalanan menghadiri tugas rasmi ke luar negeri. Beliau turut memberi semangat kepada pemain pasukan POLYCC KELANTAN dan bersama memberi sokongan pada perlawanan suku akhir antara pasukan POLYCC KELANTAN melawan Pasukan UMT, perlawanan yang sangat sengit ini tadi berlarutan ke set penentuan dan akhirnya dimenangi oleh Pasukan POLYCC KELANTAN.
Semoga dengan pencapaian ini memberikan lagi semangat kepada pasukan POLYCC KELANTAN untuk menghadapi MSC 2025.