18 - 19 JUN 2025 : Jabatan Kejuruteraan Elektrik PKB telah mengadakan suatu lawatan penandarasan ke UniKL - BMI Gombak dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) sebagai salah satu usaha untuk menyokong penambahbaikan berterusan selaras dengan keperluan proses akreditasi oleh Engineering Technology Accreditation Council (ETAC). Lawatan yang disertai oleh 20 orang pensyarah JKE termasuk tiga orang Ketua Program diketuai oleh En. Saiful Azizi bin Abdullah. Tujuan penandaarasan ini adalah untuk perkongsian pintar dan juga merupakan satu pendekatan sistematik untuk membanding dan menilai amalan institusi, khususnya dalam pelaksanaan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) dalam proses pengajaran dan pembelajaran, aspek projek pelajar dan strategi kemasukan pelajar ke politeknik.
Diharap lawatan selama dua hari ini dapat memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran, teknologi, dan organisasi pendidikan dan menyediakan peluang untuk menjalin kerjasama antara PKB dengan UNIKL yang boleh membawa kepada perkongsian sumber, idea, dan pengalaman.