26 Jun 2025 - Kejohanan 18th Malaysia FIRA RoboWorld Cup 2025 secara rasmi telah menutup tirai hari ini. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud di Politeknik Merlimau Melaka.
Pasukan PKB LeGen 2025 dari Politeknik Kota Bharu telah menunjukkan prestasi membanggakan dengan meraih 1 pingat emas bagi kategori Hurocup: Weightlifting dan 1 pingat gangsa bagi kategori Hurocup: Tripple Jump.
YBrs. Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan (Akademik) , Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik PKB, Pn. Rugayah binti Yusof, turut hadir ke kejohanan tersebut bagi memberikan sokongan moral dan semangat kepada para peserta. Kehadiran barisan pimpinan ini mencerminkan komitmen padu PKB dalam menyokong pembangunan sahsiah dan kepakaran pelajar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan PKB LeGen atas pencapaian luar biasa ini.
Semoga terus mengharumkan nama Politeknik Kota Bharu dan pendidikan TVET Malaysia di peringkat antarabangsa.