29 Jun 2025 - Telah berlangsung Taklimat Umum MSC 2025 bertempat di Dewan Kuliah 2, Politeknik Kota Bharu. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan penuh semangat oleh YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu, yang memberikan amanat penting kepada semua kontinjen.
Sesi diteruskan dengan perkongsian oleh En. Shamsanirul Nizam, Penolong Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), diikuti dengan taklimat komprehensif berkaitan pelaksanaan MSC 2025 oleh Pengarah Program MSC 2025, Pn. Bazlina binti Bakri.
Turut hadir memberikan sokongan, En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB serta pegawai-pegawai utama yang terlibat secara langsung dalam menjayakan MyPolyCC Sports Carnival 2025.
Komitmen dan semangat kontinjen-kontinjen negeri jelas terpancar dalam memastikan MSC 2025 yang bakal berlangsung 29 Jun hingga 3 Julai 2025 mencapai kejayaan cemerlang.