3 Julai 2025 - Majlis Perasmian Penutup MyPolyCC Sports Carnival (MSC) 2025 Kelantan telah berlangsung dengan penuh gemilang di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu, Kelantan.
 
Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), yang turut menyampaikan piala kepada juara setiap acara dan Juara Keseluruhan MSC 2025.
 
Turut memeriahkan majlis:
🔹 YBrs. Dr Hj Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan Akademik, JPPKK
🔹 YBrs. Dr. Hanafiah bin Ayub, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, KPT
🔹 YBrs. Tn Hj Azirin bin Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar (BAPP) JPPKK
 
Kutipan pingat keseluruhan:
 
 Bil. Negeri Jumlah Pingat  
 1.  Perak               9  EMAS
 2.  Selangor          8  PERAK
 3.  Sabah               5  GANGSA
 4.   Kelantan           3  
 5.   Kedah               2   
 6.  Terengganu       2  
 7.  Negeri Sembilan  2  
 8.  Perlis  2  
 9.  Johor  1  
 10.  Pulau Pinang  1  
 11.  Sarawak  1  
 12.  Melaka  2  
 13.  Pahang  1  
 
 
 
Majlis turut menyaksikan simbolik penyerahan bendera kejohanan MyPolyCC Sports kepada penganjur MSC akan datang, sebagai simbol kesinambungan semangat kesukanan dan perpaduan POLYCC.
Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen atas semangat juang dan komitmen luar biasa sepanjang kejohanan.
Semoga semangat kesukanan ini terus menyatukan warga POLYCC seluruh negara.