6 Julai 2025 - Majlis Sanjungan Budi, Bakti Dijulang telah berlangsung dengan penuh rasa hormat dan penghargaan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu (PKB).
Majlis ini diadakan khusus bagi meraikan YBrs. Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan (Akademik), JPPKK serta staf PKB yang akan berpindah ke tempat baharu.
Ucapan aluan oleh YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah PKB membuka tirai majlis, diikuti dengan ucapan penuh makna dan rasa kasih oleh YBrs. Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa yang menyentuh hati warga PKB.
Terima kasih atas segala jasa, budi dan kepimpinan yang telah dicurahkan. Semoga terus cemerlang dalam lapangan tugas yang baharu dan diberkati di mana jua berada.
“Pergi bukan meninggalkan, tetapi membawa semangat PKB ke persada yang lebih tinggi".