14 Ogos 2025 - YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Tuan Haji Jasri bin Kasim, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (PPPNK), ICU JPM. Sesi pertemuan yang berlangsung di Bilik Pengarah PPPNK ini diisi dengan perbincangan penuh maklumat dan perkongsian berharga, meliputi potensi kerjasama strategik demi pembangunan pendidikan dan kemajuan negeri. Hubungan erat antara Politeknik Kota Bharu dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan diharapkan akan membuka lebih banyak peluang sinergi pada masa hadapan.