30 Ogos 2025, Sabtu  8.00 mlm : Seramai 37 orang pelajar Unit Beruniform Politeknik Kota Bharu komited sebagai Kontinjen PKB dalam menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan Tahun 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV yang bermula seawal 4.00 petang di sana. Turut hadir adalah Pengarah PKB, Ts. Mohd Hisham bin Makhtar bersama para dif jemputan yang lain.
Pujian diberikan di mana kebanyakan yang terlibat adalah pelajar semester 1 selaku pelapis dan turut digabungkan dengan senior sebagai pelengkap keseragaman kontinjen. Kontinjen ini adalah bimbingan Ketua Kursus Kokurikulum PKB (Unit Beruniform), PgR (Bersekutu) Muzimah Aida binti Md Mustafa.
Detik 12 malam tanggal masuk tarikh 31 Ogos 2025 menjadi detik bersejarah buat semua Kontinjen dan tetamu serta rakyat Kelantan di mana bergema laungan keramat Merdeka dan percikkan bunga api di ruang legar udara.
PKB merakamkan jutaan terima kasih kepada kontinjen PKB yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi latihan dan hari Perbarisan. Tahniah.