2 September 2025 - Telah berlangsung dengan penuh meriah Perasmian Pembukaan 3rd International TVET & Entrepreneurship Conference (3rd ITEC 2025) bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Saupi bin Mohamed Noor, Ketua Unit Centre for Research and Innovation (CRI), PKB. Sejurus selepas itu, sesi diteruskan dengan ucapan penuh inspirasi daripada Keynote Speaker pertama, Prof Madya Ts. Dr. Khairul Azhar bin Mat Daud dari Universiti Malaysia Kelantan, serta Keynote Speaker kedua, Dr. Benny Benjamin Nasution dari Politeknik Negeri Medan, Indonesia.
Dengan tema “Embracing Diversity with Multiple Intelligence in TVET and Entrepreneurship”, persidangan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan akademik dan industri, serta memperkasakan peranan TVET dan keusahawanan di peringkat antarabangsa. Turut hadir delegasi dari Politeknik Negeri Medan (POLMED) Indonesia.